Header Ads

Malaysia akan buktikan pesawat Jho Low beli dengan wang curi


Tun Dr. Mahathir Mohamad - Foto: Malay Mail

KUALA LUMPUR - Malaysia akan berusaha membuktikan pesawat peribadi yang didakwa milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho, atau Jho Low, dibeli dengan duit yang dicuri dari negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perkara itu penting sebelum pesawat berkenaan dibawa pulang ke negara ini.

"Kita kena buktikan bahawa wang yang digunakan untuk membeli jet itu adalah wang yang dicuri.

"Kalau dia (Jho Low) mencuri wang dari Malaysia, maka jet itu adalah milik kita, sama seperti bot (Equanimity)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan hospital pakar jantung Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL)  di sini hari ini.

Sebelum ini, Mahathir berkata, Malaysia sedang berbincang dengan Singapura untuk membawa pulang pesawat peribadi itu. - Bernama

No comments

Loading...