Header Ads

Mahkamah tolak permohonan larang media ulas kes dihadapi Najib

Foto: Berita Harian

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan perintah larangan bagi menghalang media dan orang awam daripada melaporkan mengenai merit kes bagi kesemua pertuduhan yang dihadapinya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas lima jam mendengar hujahan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan hujahan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Loading...

Memetik laporan Sinar Harian, ketika membuat keputusan itu, Mohd Nazlan berkata, larangan tersebut jika dibenarkan menyekat kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun Muhammad Shafee memberitahu mahkamah, pihaknya akan mengemukakan notis rayuan berhubung keputusan itu Isnin ini.

Dalam pada itu pihak pendakwaan memaklumkan, pihaknya akan mengemukakan 15 saksi untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Sehubungan itu pihak pendakwaan memohon tarikh perbicaraan ditetapkan namun dibantah Muhammad Shafee.

Hujahan bagi menetapkan tarikh perbicaraan sedang berlangsung.

No comments

Loading...