Beliau berkata, perkara itu berlaku berikutan peralihan kerajaan selepas 61 tahun pembangkang tidak dapat mendirikan kerajaan.

Loading...

"Dengan itu, mereka mempunyai sifat pembangkang.
"Apabila jadi kerajaan, sifat-sifat lama itu masih muncul serta mempengaruhi fikiran mereka. Tetapi dalam masa pendek juga mereka sudah membuat penyesuaian dan sekarang ini sedar jadi pemerintah," katanya.
Mahathir yang memimpin PH untuk membentuk kerajaan baharu berikutan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas berkata demikian pada Majlis Penyerahan Felo Perdana Tahun 2018 di Perdana Putra di sini hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga merupakan alumni Felo Perdana 2015, Menteri-Menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa. - Bernama