Header Ads

LGBT: Masuk tandas ikut mana air kencing keluar - Asri


SHAH ALAM: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membantu kekeliruan gender untuk membuat keputusan tandas mana yang perlu dimasuki untuk melepaskan ‘hajat’.

Jika kekeliruan itu terjadi beliau mengesyorkan supaya individu itu berjumpa dengan pakar untuk memeriksa dirinya semasa membuang air kecil.

Loading...

“Jika ia keluar melalui alat sulit lelaki, silalah ke tandas lelaki. Jika keluar melalui alat sulit wanita, sila ke tandas wanita.

"Jika tidak keluar langsung, ataupun keluar tidak melalui alat sulit lelaki ataupun wanita, silalah ke hospital. Jika doktor kata anda cacat, bolehlah ke tandas orang kurang upaya (OKU).

“Jika tiada kemampuan menemui pakar, rasanya diri sendiri pun boleh memeriksa alat kemaluan sendiri,” tulisnya di Facebooknya, Isnin.

Katanya, jawapan itu sebagai respons pertanyaan orang ramai yang mahukan jawapan tandas mana yang perlu dimasuki oleh golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Ramai betul yang bertanya saya soalan mengenai tandas mana LGBT patut masuk? Entah mengapa tiba-tiba soalan seperti ini pun boleh muncul? Nampaknya, kekeliruan gender membawa kepada kekeliruan tandas,” katanya di Facebooknya, hari ini.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengakui terkhilaf dan menarik semula apa yang diperkatakannya dalam sidang media selepas bersemuka dengan seorang transgender, Nisha Ayub, Jumaat lalu.

Mujahid dalam kenyataan medianya hari ini berkata, beliau turut memohon maaf terhadap pihak yang berasa terancam dengan kenyataannya itu.


Menjelaskan situasi yang berlaku ketika sidang media itu, Mujahid menjelaskan, beliau menjawab soalan wartawan yang diajukan secara spontan dan sepintas lalu.

Namun katanya, apa yang dikatakannya itu bukan kenyataan muktamad mahupun arahan namun ia sekadar respons spontan daripadanya berkaitan penggunaan tandas wanita untuk transgender.-SinarHarian

No comments

Loading...