Header Ads

Kos purata turunkan logo 1Malaysia kurang RM18,500 – Guan Eng


Kerajaan membelanjakan purata RM18,491 untuk menurunkan setiap logo 1Malaysia yang ada di pusat transformasi bandar (UTC) di seluruh negara.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata secara keseluruhan ada 25 logo 1Malaysia dan 1Negaraku Malaysia di 21 UTC seluruh negara.

Kata Lim langkah itu dibuat hanya melibatkan UTC saja dan tidak melibatkan premis awam lain.

Loading...


"Logo 1Negaraku Malaysia di UTC seluruh negara diturunkan ketika usia pusat terbabit melebihi tiga tahun dan sedang dalam fasa pemuliharaan bangunan, membabitkan kerja-kerja mengecat semula dan penggantian logo baru.

"Ia bermula dari 12 Apr 2018 hingga 31 Mei 2018," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh).

Terdahulu Annuar bertanya mengenai peruntukan yang digunakan untuk menurun atau membuang logo 1Malaysia di semua premis awam.

"Apakah rasional tindakan berkenaan dilakukan pada kadar segera?" kata Annuar.

Menurut Lim kerja-kerja pemuliharaan berkenaan selaras dengan keputusan mesyuarat khas ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan pada 12 Mei 2018.

Katanya penurunan logo tersebut dibuat tanpa melibatkan kos tambahan yang besar dan perlu dilaksanakan atas dua faktor, iaitu:

1. tempoh projek yang pendek, justeru arahan perlu dikeluarkan sebelum tempoh projek tamat

2. kemajuan kerja projek yang masih berbaki, justeru arahan dikeluarkan segera agar kos penurunan logo dapat ditampung oleh baki kemajuan tanpa sebarang pertambahan siling peruntukan yang disebabkan oleh arahan perubahan kerja.

- Malaysiakini

No comments

Loading...