Header Ads

Koperal Amiruddin maut kemalangan

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah treler dalam kemalangan di di Jalan Batu 9, Cheras, petang semalam. FOTO ihsan bomba.

ANGGOTA polis maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu treler dan dua motosikal di Jalan Batu 9, Cheras menghala ke ibu negara, petang semalam.

Dalam kejadian 3 petang itu, mangsa, Koperal Amiruddin Alias, 35, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Loading...

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, mangsa adalah anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan bertugas di Mahkamah Jalan Duta.

“Siasatan awal mendapati motosikal Amiruddin yang datang dari arah Batu 9 ke arah ibu negara bergesel dengan sebuah lagi motosikal ditunggang lelaki berusia 20 tahun yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pergeseran itu, mangsa jatuh dan terperosok ke bawah treler yang berada di hadapannya manakala seorang lagi penunggang motosikal tercampak ke bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Amiruddin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi penunggang motosikal yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Katanya, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sementara itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussien Onn dan Ampang dikejarkan ke lokasi untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah treler.

No comments

Loading...