Header Ads

K'jaan kaji ganti SPR, tukar sistem pemenang undi terbanyak


PRU14 pada 9 Mei lalu mungkin menjadi pilihan raya terakhir di Malaysia yang menggunakan sistem first past the post - FPTP - (pemenang undi terbanyak) dan yang terakhir dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya yang diketahui umum selama ini.

Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC) sedang mengkaji kemungkinan menggantikan sistem FPTP dengan sistem yang dapat memastikan perwakilan berdasarkan nisbah undi yang diperolehi, lapor Kinitv.


Loading...

"Banyak orang mengadu FPTP ini tak adil, jadi kita sedang kaji sistem yang lebih proportionate.

"Maksudnya jika kamu mendapat 60 peratus undi, kamu mendapat 60 peratus kerusi," maklum Pengerusi ERC, Tan Sri Abdul Rashid Ab Rahman pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Bekas pengerusi SPR itu berkata satu lagi cadangan reformasi termasuklah merancang suatu kaedah undang-undang bagi menubuhkan "suatu badan pengurusan pilihan raya" yang akan menggantikan SPR.

No comments

Loading...