Header Ads

KJ: Umno jangan jadi batu api, bantu PH jelas isu Melayu


KUALA LUMPUR, 18 Ogos ― Umno dinasihat tidak menjadi batu api tetapi membantu kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjelaskan isu berkaitan orang Melayu, kata Khairy Jamaluddin. 

Wakil rakyat Rembau itu berkata selepas kemenangan PH, wujud keresahan orang Melayu yang “merasakan aspirasi mereka tidak disokong oleh kerajaan sekarang”, lapor Sinar Harian.


Loading...
“Saya nampak ada keresahan orang Melayu sejak PH memerintah. Namun perkara ini timbul bukanlah disebabkan usaha mana-mana parti. Bukan Umno yang main sentimen Melayu.
“Tetapi ada orang Melayu sendiri yang merasakan aspirasi mereka tidak disokong oleh kerajaan sekarang meliputi pelbagai aspek termasuk ekonomi dan sosial,” katanya.
Bekas menteri ini berkata ada keresahan orang Melayu itu yang “munasabah”, justeru berharap Umno tidak mengapi-api hal itu sebaliknya bersama memastikan PH menanganinya.
“Kita tidak mahu berlaku pepecahan lebih-lebih lagi melibatkan kaum yang merupakan kekuatan kita selama ini,” kata bekas ketua Pemuda Umno.

No comments

Loading...