Header Ads

KJ pertahan dakwaan BTN alat politik


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempertahankan kritikannya berkaitan Biro Tata Negara (BTN) sebagai alat doktrin politik.

Ahli Parlimen Rembau itu menyatakan ketika berada dalam kerajaan beliau pernah menyuarakan melalui saluran dalaman berkenaan kandungan BTN yang menjadi alat sebaran ideologi politik.

Loading...

“Berkenaan dengan  BTN, daripada dulu (era BN) kita ada perbincangan dalaman berkenaan hala tuju BTN dan sebagainya.

“Tetapi pada waktu itu tak kan saya nak bercakap di khalayak umum, ada saluran dalaman,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa modul pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan BTN mempunyai unsur doktrin politik dan perkauman.

Justeru, katanya, kerangka baharu program pembangunan modal insan di negara ini akan bebas daripada unsur-unsur tersebut.


Susulan itu, Khairy Jamaluddin, secara terbuka mengakui  program BTN mempunyai elemen doktrin politik dalam modul yang dilaksanakannya.

No comments

Loading...