Header Ads

KJ mahu siasatan secara terperinci dakwaan Menteri Kewangan

Khairy Jamaluddin (tengah) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul mengenai dakwaan Guan Eng bahawa Barisan Nasional 'merompak' duit GST. - Foto: Kosmo

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini membuat laporan polis berkaitan dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan Barisan Nasional ‘merompak' wang cukai barang dan perkhidmatan (GST).


Loading...

Menurut Khairy, laporan polis tersebut dibuat berikutan mahu siasatan yang lebih terperinci dijalankan untuk membuktikan dakwaan tersebut secara menyeluruh dan bukannya secara dalaman sahajal, lapor Kosmo Online.

“Tuduhan rompakan adalah kesalahan yang serius ia tidak boleh (disiasat) sewenang-wenangnya tanpa bukti yang kukuh.

“Disebabkan itu hari ini saya membuat laporan polis kerana perkara ini perlu disiasat secara terbuka dan secara dalaman di peringkat Kementerian Kewangan dan pada hari ini saya akan membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, Guan Eng mengatakan siasatan dalaman sedang giat dilakukan untuk mengenal pasti punca pengurangan RM18 bilion dalam dana amanah GST yang sepatutnya didepositkan kerajaan.

Menurut Guan Eng, tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak 1 April 2015 hingga 31 Mei lalu berjumlah RM19.4 bilion.

Namun begitu, baki semasa dalam Tabung Bayaran Balik hanya RM1.49 bilion, bermakna berlaku kekurangan kira-kira RM18 bilion.

No comments

Loading...