Header Ads

KJ cabar Jho Low balik Malaysia


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar seakan kurang senang dengan kenyataan Low TaeK Jho atau Jho Low yang mengkritik rampasan kapal The Equanimity.

Kemaskini terbaharu di Twitternya, Ahli Parlimen Rembau itu mencabar Jho Low supaya pulang ke Malaysia dan bersemuka dengan pihak berkuasa, lapor Sinar Harian.


Loading...

Menurutnya, jika ahli perniagaan itu merasakan dirinya tidak bersalah, dia tidak sepatutnya terus bersembunyi.

"Balik ke Malaysia dan bersemuka dengan pihak berkuasa. Kalau anda tak bersalah, usah sembunyi lagi.

"Selagi anda masih melarikan diri dan kes mahkamah berkaitan anda terus tertangguh, parti saya (Umno) tidak boleh lari dari terpalit dengan isu 1MDB dan tak boleh dibina semula," katanya.

Hari ini, Jho Low melalui jurucakapnya mendakwa tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mendapatkan kapal layar mewah yang dikaitkan dengan dirinya sebagai merampas prosiding undang-undang negara lain.

Malah, ahli perniagaan kontroversi itu tetap menegaskan bahawa siasatan terhadap The Equanimity yang dijalankan kerajaan Malaysia adalah tidak sah.

Sebelum itu, Dr Mahathir mencabar Jho Low berjumpa kerajaan bagi membuktikan kapal mewah itu adalah miliknya.

No comments

Loading...