Header Ads

#KitaLawan: Maria Chin, Mandeep dan Tze Tzin lepas bebas

Ketiga-tiga mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur daripada pertuduhan menyertai protes jalanan #KitaLawan, tiga tahun lepas.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sin Tze Zin dan aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur daripada pertuduhan menyertai protes jalanan #KitaLawan, tiga tahun lepas.

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Noorelyna Hanim Abdul Halim memaklumkan pihak pendakwaan diarah menarik semula pertuduhan ke atas ketiga-tiga mereka.

Loading...

Noorelyna sebelum itu memaklumkan pihaknya telah meneliti surat representasi yang dihantar kepada Jabatan Peguam Negara menarik balik pertuduhan tersebut.

Sementara itu Peguam Vince Tan Hoo Seh yang mewakili ketiga-tiga Orang Kena Saman (OKS) itu memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan.

Pada 4 Oktober 2017 Maria Chin yang ketika itu merupakan pengerusi Bersih bersama Tze Tzin, yang juga merupakan, Ahli Parlimen Bayan Baru dan Mandeep yang merupakan Pengurus Sekretariat Bersih, 2.0  Singh mengaku tidak bersalah menyertai suatu protes jalanan bagi tujuan tertentu di hadapan kawasan air pancut persimpangan Jalan Tun Perak dan berakhir di hadapan Kompleks Sogo, di sini antara jam 3.15 petang hingga 6 petang, pada 28 Mac 2015.

Mereka didakwa menyertai protes jalanan itu antaranya bagi tujuan Reformasi dan Bebaskan Anwar dan Bebas Berhimpun Bebas Bersuara.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua OKS diikat jamin RM500 setiap seorang dan menetapkan 3 November depan untuk sebutan semula kes.


Pada 8 September 2015, mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan yang sama.

Pada 28 Ogos 2017, mereka dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan yang mengendalikan kes terbabit gagal hadir pada hari pertama perbicaraan kes.

No comments