Header Ads

Khidmat Rela bakal ditamatkan?

Raggie menunjukkan artikel serta surat rasmi mengenai isu Rela yang tersebar sejak semalam sehingga memaksa Rela mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan.

PETALING JAYA - Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Pergerakan Malaysia Tanahairku mendakwa ada perancangan untuk menamatkan perkhidmatan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di masa akan datang.

Ketuanya, Raggie Jessy berkata, pihaknya mendapat maklumat berkenaan penamatan Penugasan Kawalan Keselamatan Pusat-pusat Khidmat Komuniti Rela (PKKR) dan sebaik maklumat berkenaan tular pihak berkenaan tidak menolak ataupun bersetuju dengan maklumat yang disebarkan.

Loading...

Menurutnya, penamatan penugasan berkenaan juga dipercayai akan disusuli dengan penamatan khidmat Rela di seluruh negara.

“Mereka (kerajaan) takut Rela yang menjadi third force ini akan menjadi senjata buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Oleh itu, jabatan ini bakal berhadapan dengan keadaan ditamatkan perkhidmatan tidak lama lagi,” katanya pada sidang media di Hotel Shah Village, di sini, tadi.

Semalam, Rela mengesahkan penamatan penugasan kawalan keselamatan di PKKR di seluruh negara melalui satu kenyataan rasmi.

Kenyataan rasmi berkenaan dikeluarkan selepas tularnya surat rasmi mengenai penamatan Penugasan Kawalan Keselamatan PKKR di media sosial termasuk aplikasi whatsApp.

Raggie berkata, sesebuah agensi tidak wajar ditamatkan perkhidmatannya melainkan telah membabitkan beberapa perbincangan dengan kesemua pihak yang terlibat dalam agensi kerajaan.


Menurutnya, bagaimanapun langkah berkenaan tidak berlaku dalam kerajaan pimpinan PH hari ini apabila keputusan diputuskan serta diubah dalam tempoh masa yang singkat.

No comments


Loading...