Header Ads

Kes rasuah Guan Eng: Tommy tak terlibat dalam keputusan


PUTRAJAYA - Peguam Negara, Tommy Thomas tidak terlibat dalam keputusan kes berkepentingan termasuklah kes rasuah yang dihadapi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ia berikutan dakwaan percanggahan kepentingan.

Loading...

Peguamcara, Engku Nor Faizah Engku Atek dan Peguamcara II, Jabatan Peguam Negara,

Zauyah Be Loth Khan dalam kenyataannya berkata, perkara itu selaras dengan jaminan Tommy yang menjauhkan diri daripada kes berkepentingan selepas dilantik memegang jawatan itu.

Keputusan kes berkepentingan akan diambil alih oleh Engku Nor Faizah dan Zauyah secara bersama menerusi perbincangan dengan pegawai kanan lain di jabatan itu.


Tommy sebelum ini merupakan sebahagian daripada pasukan peguam bela Guan Eng dalam menghadapi dua tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo di Pulau Pinang.

No comments