Header Ads

Kes 42 juta masuk akaun, Najib kembali ke mahkamah hari ini


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekali lagi hari ini bagi pendengaran permohonan perintah larangan mengulas (gag order) terhadap tujuh pertuduhan terhadapnya, ditukar daripada sementara menjadi kekal.
Larangan itu dikenakan terhadap media dan orang awam untuk membincangkan kes melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas subsidiari 1MDB, lapor Malaysiakini hari ini.

Loading...

Semua dakwaan berkait RM42 juta yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadinya daripada SRC International. Wang itu sebahagian daripada RM4 bilion pelaburan Kumpulan Wang Persaraan dalam 1MDB.
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka membuat permohonan. Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup dan Datuk Mohd Hanafiah Zakaria.
Najib adalah ahli politik paling kanan di negara ini yang didakwa bawah tuduhan jenayah.
Beliau berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga untuk salah guna kuasa dan satu pertuduhan pengubahan wang haram.

Sebelum ini terdapat kes melibatkan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas menteri besar Selangor Khir Toyo dan Datuk Harun Idris, bekas menteri Tan Sri Kasitah Gaddam dan Datuk Mokhtar Hashim, dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Pendengaran dikendalikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

No comments

Loading...