Header Ads

Kes 1MDB? Polis sita 27 van Skuad Sayang Umno Johor

Paparan skrin berhubung tindakan sita terhadap 27 unit van Skuad Sayang seperti diulas ringkas Datuk Hasni Mohammad. — Paparan ihsan Umno Johor

JOHOR BARU, 3 Ogos — Sebanyak 27 buah van bawah seliaan sayap Wanita Umno Johor dirampas oleh polis selepas perintah mahkamah semalam.

Kenderaan Skuad Sayang itu disita bagi siasatan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (AMLA), lapor Malay Mail hari ini.

Loading...

Kenderaan itu diberikan untuk kegiatan masyarakat bagi 26 bahagian di Johor dan juga kegunaan ibu pejabat parti negeri itu.

Pengerusi Umno negeri Datuk Hasni Mohammad mengesahkan perkara tersebut kepada Malay Mail hari ini selepas isu itu menular di media sosial.

“Kami [Umno Johor] diarah menyerahkan van Skuad Sayang kepada polis untuk membantu siasatan bawa AMLA 2001,” katanya.

“Kami diberi notis sita semalam dan setakat ini kami bekerjasama dengan pihak berkuasa, dan kebanyakan van itu dikumpul untuk diserahkan.”


Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada siasatan itu ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau bekas presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak.

No comments