Header Ads

Kereta nasional 3.0 : M'sia minta Daihatsu, Toyota, Nissan bantu


Malaysia dilaporkan meminta bantuan daripada beberapa pembuat kereta Jepun untuk membina projek kereta nasional ketiga di Malaysia.

Laporan Nikkei Asian Review memetik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian semasa lawatan empat hari ke Fukuoka, Jepun berkata pakar teknologi permotoran negara itu sangat penting dalam pembuatan kereta berdasarkan piawaian moden.


Loading...

"Beberapa anggota delegasi saya akan melawat Daihatsu, tetapi kami ada sebuah syarikat yang telah menulis kepada Nissan dan Toyota untuk mendapatkan kerjasama daripada mereka," kata Mahathir dipetik berkata akhbar itu.

Beliau dilaporkan tidak menamakan syarikat berkenaan. Daihatsu Motor dimiliki sepenuhnya oleh Toyota Motor dan memegang 25 peratus pegangan saham dalam Produa, syarikat pembuat kereta yang berpengkalan di Rawang.

Menurut portal Malaysia kini lagi, Proton adalah kereta nasional pertama pada 1984 merupakan ilham Mahathir ketika menjadi perdana menteri kali pertama dahulu. Beliau juga membuat peraturan perdagangan yang melindungi industri otomotif tempatan.

Bagaimanapun pada tahun lalu, sebanyak 49.9 peratus pegangan saham syarikat itu telah dijual kepada pembuat kereta China, Zhejiang Geely Holding Group dan sejak itu, Mahathir dalam beberapa kesempatan telah menyuarakan idea untuk melancarkan kereta nasional ketiga.

Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof dilaporkan berkata kerajaan bersedia melancarkan projek baru itu menjelang 2020.

Selain mendapatkan bantuan Jepun, Mahathir juga mengatakan kemungkinan usaha sama kereta Malaysia-Indonesia bagi pasaran Asean.

No comments

Loading...