Header Ads

Kerajaan pertimbang untuk bentang belanjawan tambahan


Kerajaan mempertimbangkan untuk membentangkan belanjawan tambahan minggu depan, kata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Kami akan mempertimbangkannya," kata Mahathir ketika ditanya pemberita sama ada kerajaan akan membentangkan belanjawan tambahan minggu depan, selepas beliau melawat pameran lukisan bertajuk  'Tun M: A Forever Legacy' di Universiti Perdana di sini hari ini.

Loading...


Mengenai pertikaian antara kerajaan terdahulu dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung dakwaan kehilangan RM18 bilion wang tuntutan cukai input bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan  (GST), Mahathir berkata : "Jadi kalau ia (RM18 bilion) tidak hilang, tunjukkan kepada kami di mana wang itu berada."

Ditanya sama ada kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggunakan wang itu untuk melunaskan sebarang pembayaran sejak memegang kuasa pada 10 Mei, perdana menteri berkata: "Kami kekurangan wang. Itu adalah hakikat." Mahathir berkata PH kekurangan wang disebabkan banyak wang digunakan untuk membayar balik pinjaman dan melangsaikan hutang.

"Wang digunakan untuk tujuan itu," kata Mahathir.

Perdana menteri berkata, rakyat juga mengharapkan kerajaan PH memberi mereka wang dengan percuma oleh kerana tabiat ini diwujudkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Beliau (Najib) bebas memberi wang kepada rakyat dan kini rakyat berharap kami pula bebas memberi mereka wang. Tapi kami tidak ada wang," katanya. - Bernama

No comments

Loading...