Header Ads

Kerajaan perkenal cukai baharu?


KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin memperkenalkan cukai baharu bagi menampung kekurangan hasil susulan pertukaran sistem percukaian kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Namun Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata perkara itu akan diputuskan dalam majlis rundingan reformasi cukai.

Loading...

"Tentang kekurangan hasil tentu kita akan menimbang cadangan-cadangan yang diutarakan sama ada untuk memperkenalkan cukai-cukai baharu.

"Tapi ini akan diputuskan oleh satu majlis rundingan reformasi cukai yang dipengerusikan oleh seorang pakar yang juga pesara kerajaan berpengalaman dengan input daripada Bank Negara dan juga swasta.


"Tentang macam mana kita boleh mereformasikan sistem percukaian supaya kita dapat menambahkan hasil tapi tidak memudaratkan pembangunan ekonomi," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan 2018 di Dewan Negara, hari ini.

No comments

Loading...