Header Ads

Kerajaan letak kepercayaan kepada syarikat terlibat SST - Guan Eng

MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng (dua dari kiri) memberikan penerangan pada Taklimat SST Bersama Menteri Kewangan di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur hari ini . Turut kelihatan, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subramaniam Tholasy (tiga dari kiri), Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Paddy Abd Halim (kanan). - UTUSAN ONLINE/ SHAIFUDIN MOHD NOR

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Kerajaan akan menggunakan pendekatan lembut untuk memastikan syarikat yang terlibat dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak bertindak melarikan diri daripada membayar cukai dan berlaku jujur dalam pelaksanaan cukai tersebut.

Loading...

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini adalah kerana kerajaan Malaysia baharu dibina atas kepercayaan rakyat kepada kerajaan dan sebaliknya termasuk syarikat-syarikat yang diwajibkan untuk membayar cukai itu.

“Untuk pendaftaran pengecualian SST kita biar mereka pohon dahulu dan kita akan siasat kemudian sama ada mereka layak atau tidak.


“Kita akan meletakkan kepercayaan kepada syarikat-syarikat ini dahulu dan kita harap mereka jujur dan tidak lari daripada membayar cukai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar SST anjuran Jabatan Kastam di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments

Loading...