Header Ads

Kerajaan gagal, kena ‘repeat paper’


KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap kerajaan Pakatan Harapan gagal dalam melaksanakan janji 100 harinya.

Menggunakan analogi seperti peperiksaan di universiti, Pas hanya memberikan markah 27 hingga 30 peratus kepada kerajaan, hampir sama seperti komen dalam media sosial baru-baru ini.

Loading...

Menurutnya, jika diambil kira keadaan tersebut, kerajaan sepatutnya perlu repeat paper (ulang mengambil peperiksaan) disebabkan peratusan markah mereka yang rendah.

“Dalam media sosial, netizens ada yang kata 20 peratus berjaya tunaikan janji dan ada yang kata dalam 30 peratus tapi kalau tanya Pas, kita rasa lebih rendah.

“Tapi saya letak dalam 27 ke 30 peratus juga. Jadi Harapan hanya dapat Gred D saja laaa, kena ‘repeat’ balik paper tersebut,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, kegagalan menunaikan janji tersebut bermakna jawatankuasa gagal mengkaji dengan teliti sebelum kemukakan segalanya kepada rakyat.

Tegas beliau, kerajaan sebaliknya melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti membina projek kereta nasional ketiga dan Formula 1 yang bukan keutamaan bagi rakyat.

“Kita tidak pertikai soal waktu tapi yang kita pertikai soal janji kerana janji itu dibuat mereka sendiri, bukan orang lain tetapkan.


“Samada boleh kekal (mentadbir Malaysia) bergantung kepada kerajaan yang ada memberi nilai tambah bagi rakyat dan mencapai apa dikehendaki rakyat,” ujarnya.

Esok genaplah 100 hari pentadbiran Harapan namun masih banyak janji dalam manifesto tidak tertunai menyebabkan ia menjadi bualan hangat dalam media sosial.

No comments

Loading...