Header Ads

Keputusan rasmi – PKR menang DUN Sungai Kandis

Mohd Zawawi Ahmad Mughni daripada PKR menang PRK N49 DUN Sungai Kandis dengan undi sebanyak 15,423. Foto: Astro Awani

Hari ini berlangsung pilihanraya kecil DUN Sungai Kandis yang memperlihatkan calon Pakatan Harapan berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

Calonnya, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dari PKR memenangi kerusi itu dengan 15,423 undi. Manakala calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dari Umno mendapat 9,585 undi, manakala calon Bebas, K Murthy, 97.

Loading...


Calon dari PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni menang PRK N49 DUN Sungai Kandis dengan majoriti 5842 undi.

Kemenangan ini memastikan PKR mempertahankan kerusi itu buat kali ke 4 berturut-turut sejak pilihan raya 2008. 

Namun begitu, daripada sasaran SPR 80% hanya 49.4% pemilih membuang undi sehingga pintu pusat pembuangan undi ditutup pada 5.30 petang tadi. – Malaysian Update

No comments