Kena usik di Instagram, Bung Moktar mencarut lagi
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin mencarut
lagi dengan menggunakan ungkapan “f ***” semalam, kali ini di Instagram.
Memetik laporan Projek MM, ungkapan itu ditulisnya ketika menjawab komen seorang
pengguna akaun jomblo251 yang lebih awal menulis perkataan sama.
Loading...
Mendakwa mahu “mengusik”, pengguna akaun itu dilihat
menyindir pada paparan foto Bung Moktar yang menulis sesuatu di sebuah bilik
mesyuarat dengan menyebut “ingat pandai mencarut jer”.
Pada 7 Ogos lalu, Bung Moktar mencarut kepada Ahli Parlimen
Puncak Borneo pada sidang Dewan Rakyat ketika perbahasan usul memansuhkan cukai
barangan dan perkhidmatan.
Suami pelakon Zizie Ezette menyebut demikian selepas Willie
Mongin mengusiknya dengan isu kasino yang dikaitkan dengan dirinya ketika
berbahas usul memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan.
Post a Comment