Header Ads

Kematian CEO Cradle Fund diklasifikasi sebagai kes bunuh


PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), Nazrin Hassan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi The Star mengesahkan perkara itu.

Loading...

"Kes itu telah dikelaskan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 3 Ogos, lapor mStar Online.

"Ia berikutan laporan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan keputusan bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Terdahulu, Nazrin meninggal dunia dipercayai berpunca daripada terhidu asap selepas kebakaran berlaku di tingkat atas kediamannya di Mutiara Damansara di sini, pada 14 Jun lalu.

Memetik Bernama, media melaporkan Nazrin, 47, maut dalam kebakaran di kediamannya di Petaling Jaya kira-kira 12.20 tengah hari.




Cradle Fund Sdn Bhd dalam kenyataan ketika itu mengesahkan laporan bedah siasat menyimpulkan kematian Nazrin berpunca daripada komplikasi kecederaan akibat letupan telefon bimbit yang sedang dicas berdekatannya.

Cradle Fund adalah syarikat di bawah kementerian kewangan yang berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan Malaysia.

Ia adalah agensi memberi pembiayaan awal kepada syarikat-syarikat yang berjaya seperti Grab (sebelum ini MyTeksi) dan syarikat pemula niaga fintech iMoney.

No comments