Header Ads

Kapal polis marin iringi kepulangan Equanimity ke Malaysia


Kapal persiaran Equanimity kembali ke perairan Malaysia buat kali pertamanya semenjak HARAPAN mengambil alih pentadbiran negara.

Menurut laman penjejak kapal, Vessel Finder, Equanimity merentas sempadan di antara Indonesia dan Malaysia dari Batam di antara jam 5.21 ke 5.29 petang tadi, seperti dilaporkan portal Malaysiakini.

Dari Batam, kapal polis marin KPD Setia mengiringi Equanimity dan pada jam 6 petang tadi, kedua-dua kapal melabuhkan sauhnya kira-kira dua batu nautika di perairan Pengerang, Johor.

Awal hari ini, dilaporkan Equanimity dikatakan akan tiba di pelabuhan Port Klang besok.

Loading...


Memetik Harian Metro, Kerajaan Indonesia menyerahkan kapal berkenaan kepada kerajaan Malaysia atas permintaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa kunjungan beliau ke negara berkenaan Jun lalu.

Terdahulu, Dr Mahathir dalam kenyataannya melalui akaun Facebook miliknya berterima kasih kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo dan pihak berkuasa Indonesia kerana menyerahkan kapal layar mewah itu kepada Malaysia, hari ini.

“Saya ucap terima kasih kepada Indonesia kerana memberi kerjasama erat dengan Malaysia dan menyelesaikan satu daripada masalah yang kita hadapi kerana kita percaya kapal ini adalah milik kerajaan Malaysia kerana dibeli dengan duit Malaysia yang dicuri pihak tertentu.

“Kalau ada mana-mana pihak yang ingin dakwa bahawa kapal ini mereka punya, mereka boleh tunjuk bukti yang kapal ini dimiliki mereka. Kita (kerajaan) ingin tahu dari mana mereka mendapat wang yang begitu banyak untuk membeli kapal yang begitu mahal harganya,” katanya dalam satu rakaman video dalam laman Facebook miliknya, hari ini.



Menurutnya, sekiranya pemilik dapat membuktikan pembelian kapal itu menggunakan wang mereka maka pihak berkenaan akan menerima kembali kapal berkenaan daripada kerajaan Malaysia.

Katanya, mengikut laporan dan siasatan awal DoJ Amerika Syarikat, kapal berkenaan dibeli dengan wang yang dicuri daripada 1MDB.

“Saya betul-betul berterima kasih kepada kerajaan Indonesia dan Presiden Indonesia, bapak Jokowi kerana menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Malaysia,” katanya. – Malaysian Update

No comments