Header Ads

Kapal mewah ‘Equanimity’ selamat tiba

Kapal mewah ‘Equanimity’, - Foto Rosli Talib

PELABUHAN KLANG – Kapal mewah ‘Equanimity’ selamat tiba di Terminal Boustead Cruise Center di sini, sebentar tadi.

Menurut sumber polis, pihak media hanya akan dibenarkan masuk ke dalam terminal itu pada kira-kira pukul 1 tengah hari.

Loading...

Ini bagi memberi laluan kepada beberapa prosedur merangkumi pemeriksaan khas oleh pegawai daripada Mahkamah Tinggi serta Pejabat Peguam Negara.

Menurut sumber polis itu, sepanjang kapal berkenaan berada di jeti terminal ia akan dikawal ketat oleh pihak berkuasa termasuk polis.


Kapal mewah itu yang dianggarkan bernilai RM1 bilion dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pihak berkuasa antarabangsa masih memburu pemilik kapal iaitu ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low  yang dikatakan turut bersuhabat dalam penyelewengan dana 1MDB.

No comments

Loading...