Header Ads

Kadir Jasin setuju tubuh RCI siasat tiga projek mega


Permintaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat tiga projek mega mesti ditunaikan, kata Datuk A Kadir Jasin.

Bekas ketua media dan komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) mempunyai alasan sendiri mengapa perkara itu harus dilakukan, lapor Projek MM.


Loading...

“Saya setuju dengan Najib berkenaan RCI ini kerana kita mahu tahu sama ada dia atau kerajaan Barisan Nasional yang buat ‘perjanjian bodoh’ dengan China dan Singapura,” tulisnya dalam blog.

“Adakah BN tidak mempunyai cara lain melainkan berhutang secara besar-besaran untuk bayar balik hutang 1MDB atau ada sebab-sebab lain Malaysia tunduk kepada China dan Singapura?

“Apakah China dan Singapura mempunyai rahsia besar atau cengkaman maut yang memaksa Najib dan BN tunduk kepada kehendak mereka?”

Najib pada Khamis meminta kerajaan menubuhkan RCI untuk mengenal pasti apakah wujud salah laku dalam tiga projek mega.

Projek itu adalah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan dua Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

No comments

Loading...