Header Ads

Jual Equanimity: Permohonan 1MDB akan didengar esok


KUALA LUMPUR - Permohonan 1MDB untuk mendapat perintah menjual kapal mewah Equanimity akan didengar di Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur esok.

Perkara tersebut disahkan peguam 1MDB daripada Messrs Jeremy Joseph and Partners yang turut memberitahu syarikat terbabit juga telah memfailkan permohonan bagi mempercepatkan penjualan kapal tersebut.

Loading...

Memetik laporan Malaysiakini, 1MDB memohon penjualan tersebut dibuat melalui tender awam atau perjanjian swasta oleh Mahkamah Admiralti.

Menurutnya, pendengaran mahkamah ini bukan untuk memutuskan pemilikan Equanimity, namun permohonan yang difailkan meminta untuk semua pertanyaan mengenai tuntutan terhadap hasil jualan tidak didedahkan.

Dalam laporan sama berkata, hasil daripada jualan kapal itu hendaklah dibayar ke mahkamah dan diletakkan di dalam akaun bank di Malaysia.


Katanya, pemfailan menyatakan bahawa Equanimity “merosot secara fizikal” disebabkan pendedahan kepada laut dan cuaca, maka penjualan segera diperlukan untuk mengelakkan penyusutan nilai.

No comments

Loading...