Header Ads

Jangan pilih kasih, berat sebelah - Bung Moktar


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin kurang senang dengan tindakan kerajaan mengemukakan usul agar tindakan diambil kepadanya kerana menggunakan perkataan kesat dalam Dewan Rakyat.

Menurutnya, kerajaan Pakatan Harapan seakan mengatasi kuasa Speaker Dewan Rakyat kerana sebelum ini baik Speaker mahupun Timbalan Speaker sudah mengarahkannya untuk meminta maaf.

Loading...

Malah, beliau telah meminta maaf namun hairan mengapa kerajaan masih mengemukakan usul memintanya digantung.

“Ini tidak adil bagi saya kerana banyak wakil rakyat dari kerajaan juga keluarkan perkataan tak sopan tapi tidak pula diambil tindakan.

“Kalau nak ambil tindakan, pungut semua (yang keluarkan perkataan tidak sopan) dan buat usul sama. Jangan pilih kasih dan berat sebelah.

“Mentang-mentang saya outspoken dan bukan dari kalangan mereka, mereka buat sesuka hati saja. Ini satu tindakan menidakkan hak saya di Dewan Rakyat,” katanya dama sidang media di Parlimen, Khamis.

Tambah Bung Moktar, Speaker harus tegas dalam menentukan hala tuju Dewan Rakyat dan tidak boleh ada pihak lain cuba mengatasi kuasa beliau.


“Saya rasa janggal sekali apabila kerajaan sendiri tidak iktiraf keputusan Speaker. Saya dah mohon maaf tapi nampaknya ada usul dari kerajaan.

“Bila kemukakan usul, sudah pasti ada pengundian. Apabila diundi, saya memang kalah laa,” tegasnya.-SinarHarian

No comments

Loading...