Header Ads

Jangan pandang rendah kepada Najib


KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani agar tidak memandang rendah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Zahid yang juga Ketua Pembangkang berkata, Johari tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang meremehkan peranan Najib.

Loading...

“Itu pendapat peribadi Johari namun Najib harus dihormati sungguh pun berbeza pendapat janganlah pijak kepala seseorang apabila tengkuk telah berada di paras buah pinggang.

“Kita harus mempunyai kaedah tasawuf. Biarpun kita tak bersetuju dalam beberapa langkah yang dilakukan seseorang,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya kehadiran bekas Perdana Menteri semasa siri kempen PRK Dun Sungai Kandis dengan jemputan atau kapasiti sendiri.

Zahid menjawab, calon BN Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam sendiri mengaturkan kehadiran Najib dalam siri kempen pilihan raya yang berlangsung 4 Ogos lalu.

“Saya telah lakukan penyemakan dan calon sendiri yang telah mengaturkan kehadiran itu, tentulah calon mempunyai niat yang baik dan dalam keadaan itu apa pun pandangan daripada pihak berbeza kita harus berlapang dada dan berfikiran terbuka.


“Dalam hal itu kalau ada kesan positif atau sebaliknya ia satu penanda aras untuk kita lakukan pembaikan,” jelasnya.

Hari ini, menerusi laporan Malaysiakini Johari mempersoalkan kewajaran Najib  turun berkempen di PRK Sungai Kandis sedangkan banyak persepsi negatif dilemparkan terhadap beliau sepanjang terpalit dengan beberapa kes yang masih dalam siasatan.

No comments

Loading...