Header Ads

Jamal Yunos rancang bida Equanimity


Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos merancang untuk membida kapal mewah Equanimity yang bernilai RM1 bilion.

Kapal yang didakwa milik ahli perniagaaan Low Taek Jho atau Jho Low menggunakan dana 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB) kini disita di Bousted Cruise Centre di Pelabuhan Klang, lapor Watan Online.


Loading...

“Saya akan mengadakan sidang media untuk memberi penjelasan penawaran diri untuk membida jualan kapal mewah itu,” katanya yang tidak mendedahkan jumlah harga bidaan.

Mahkamah memerlukan masa sehingga sembilan bulan bagi mengenal pasti pemilik sebenar Equanimity sebelum membukanya untuk dijual atau dibida.

Sementara kerajaan terpaksa menanggung kos selenggara RM3 juta sebulan.

Kapal itu ditahan pihak berkuasa Indonesia di Bali pada 28 Februari lalu ekoran pendedahan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat sebelum tiba di perairan Malaysia awal minggu lalu.

No comments

Loading...