Header Ads

Isu bahasa; Tun M sindir Tuan Ibrahim


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahthir Mohamad didakwa tidak menjawab soalan yang diajukan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepadanya mengenai penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malah soalan tersebut dijawab dengan sindiran yang ditujukan kepasa ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Loading...


“Kadang-kadang kita guna bahasa Arab supaya yang mendengar itu tidak faham dan terjemahannya juga kita tidak tahu betul atau tidak betul.

“Jadi amat penting sekali apabila kita berhubung dengan orang dengan bahasa apa pun yang penting dia faham apa yg kita kata. 

Kalau dia kurang faham, kadang-kadang kita terpaksalah guna bahasa Arab bagi orang yang pandai berbahasa Arab,” katanya ketika menjawab soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Parlimen, hari ini.

Tuan Ibrahim meminta penjelasan terhadap laporan yang dikeluarkan oleh media tempatan mengenai pengumuman bahawa pasukan polis terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan harian bermula hari ini.

Tidak puas hati dengan jawapan tersebut, Tuan Ibrahim bangun semula dan berkata perdana menteri tidak menjawab soalan.

“Menteri tak jawab soalan, sila jawab soalan. Ini berkaitan polis bukan urusan harian,” katanya. - Sinar Harian 


No comments

Loading...