Header Ads

Isteri mengandung, dua anak dibunuh, sorok mayat dalam tangki minyak elak bau busuk

Chris Watts bersama isteri dan dua anak perempuannya. Foto Instagram/Mirror

SEORANG lelaki di Denver di Colorado, Amerika Syarikat, bertindak kejam apabila membunuh isterinya yang mengandung dan dua anak perempuannya, serta menyembunyikan kesemua mayat dalam tangki gas dan minyak bagi mengelakkan bau busuk.

Loading...

Menurut laporan Mirror Online, mayat Bella, 4, dan Celeste, 3, dilaporkan ditemui di tempat kerja bapa mereka, Chris Watts.

Watts, 33, dituduh membunuh isterinya, Shannan, 34, dan dua anak merekanya.

Shannan hamil 15 minggu dan dijangka melahirkan seorang bayi lelaki.

Menurut Denver7, polis mendakwa Watts menyembunyikan mayat dua anak perempuannya di dalam tangki bagi mengelakkan bau busuk.

Mayat Shannan ditemui dekat sebuah pelantar minyak.

Lokasi kejadian berdekatan dengan kediaman mereka di Frederick di utara pinggir Denver.

Pada Khamis, Watts dihadapkan ke Mahkamah dan perbicaraan akan diadakan pada Isnin.

Dia bakal berdepan dengan tiga pertuduhan kerana membunuh dan tiga lagi tuduhan menjejaskan bukti.


Pendakwa percaya kesemua mangsa dibunuh di rumah keluarga itu sebelum mayat mereka dipindahkan ke lokasi lain.

Polis bagaimanapun belum lagi mendedahkan punca pembunuhan itu. - Mirror Online UK

No comments

Loading...