Header Ads

Isteri maut terkena tayar lori

LOKASI seorang wanita maut akibat parah selepas terkena tayar lori yang tercabut ketika membonceng motosikal suaminya. Foto NSTP/IHSAN PDRM

WANITA maut akibat parah selepas terkena tayar lori yang tercabut ketika membonceng motosikal suaminya di Lebuhraya Butterworth-Kulim berdekatan Plaza Tol Sungai Nyior, semalam.

Loading...

Dalam kejadian jam 9.15 malam, mangsa S Karbagan, 49, bersama suaminya, 52, menaiki motosikal itu dari arah Seberang Jaya menghala Butterworth tidak sempat mengelak tayar lori kontena dipandu lelaki berusia 43 tahun yang tercabut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika itu mangsa bersama suaminya berada di tepi lebuh raya itu.

“Akibat itu, tayar berkenaan terkena mangsa menyebabkan kedua-duanya terjatuh di atas jalan.

“Mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), namun dia dilaporkan meninggalkan dunia kira-kira sejam kemudian ketika menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, mayat dibawa ke Unit Forensik HSJ untuk bedah siasat dan kes disiasa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No comments

Loading...