Header Ads

Irwan Serigar tak endah permohonan LHDN - Menteri

Menteri Kewangan Lim Guan Eng - Foto: The Star

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Polis telah mengambil keterangan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam berhubung isu lebihan cukai sebanyak RM16.046 bilion yang gagal dibayar balik kepada pembayar cukai sejak lebih enam  tahun lepas.

Ketika mengesahkan perkara itu, Lim dalam satu kenyataan hari ini berkata sesi itu berlangsung selama dua jam di pejabat beliau.


Loading...

Beliau berkata, ini bagi membolehkan pihak polis menyiasat kes itu sebagai pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan susulan laporan polis oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji (Perak) Chong Zhe Min yang dibuat pada 23 Ogos lepas.

Baki kredit belum dibayar balik sehingga 31 Mei 2018 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu melibatkan 1,653,786 kes syarikat, individu, persatuan dan yayasan.

Menurut Lim, baki tunggakan yang besar tersebut adalah disebabkan oleh kekurangan penyaluran pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun amanah Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC).

Berdasarkan rekod Jabatan Akauntan Negara, baki sedia ada dalam TBBC pada 31 Mei 2018 adalah RM1.486 bilion.

“Tunggakan besar bayaran balik baki kredit sebanyak RM16 bilion sehingga melebihi enam tahun ini berlaku kerana Jawatankuasa Pengurusan Wang Tunai Kementerian Kewangan, yang bermesyuarat secara bulanan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, tidak memindahkan peruntukan yang mencukupi kepada TBBC seperti yang dipohon oleh LHDNM,” katanya.

Malah, kata Lim, Ketua Pengarah LHDNM turut menulis surat secara rasmi kepada Mohd Irwan pada 2016 bagi meminta lebih banyak wang dipindahkan kepada TBBC tetapi tidak dipedulikan. — Bernama

No comments

Loading...