Irwan Serigar nafi k'jaan BN 'rompak' bayaran balik GST
Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan
Serigar Abdullah menafikan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa
kerajaan BN dulu 'merompak' RM18 bilion yang sepatutnya untuk bayaran balik
GST.
Irwan berkata wang itu dimasukkan dahulu dalam akaun
kumpulan wang disatukan dan jumlah bagi bayaran balik dimasukkan dalam akaun
amanah secara bulanan berdasarkan keperluan Jabatan Kastam, hasil audit
terhadap tuntutan bayaran balik dan kedudukan hasil kerajaan.
Loading...
Beliau berkata ia selepas mesyuarat pengurusan aliran tunai
kerajaan persekutuan yang diadakan setiap bulan.
"Setiap sen dikira, ia adalah duit rakyat, lebih
penting ia berada dalam Kumpulan Wang Disatukan, kemudian bila diperlukan, ia
akan dikeluarkan," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia, hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Lim semalam bahawa kerajaan telah
menyalahgunakan RM18 bilion daripada RM19.4 bilion bayaran balik GST yang telah
dikutip sejak sistem itu diperkenalkan.
Menurut Lim, ia menyebabkan bayaran balik kepada peniaga
yang sepatutnya dibuat dalam masa dua minggu, tertangguh sehingga dua tahun.
Lim juga mendakwa wang tersebut digunakan untuk menutup
defisit, membiayai projek pembangunan dan untuk membuat "apa yang mereka
suka".
Post a Comment