Header Ads

Hutang 1MDB: KJ, Ka Siong 'terduduk' dengar jawapan diberi Guan Eng

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bertanya kepada Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin samada mereka mengetahui bahawa kerajaan terdahulu telah mulai membayar RM7 bilion hutang 1MDB. - Foto: Malaysian Update

Isu hutang syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menghangatkan sidang Dewan Rakyat petang ini.

Ia bermula apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengajukan soalan kepada Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

"Satu Malaysia tidak tahu bahawa Kerajaan Malaysia telah mulai membayar RM7 bilion sehingga hari ini bagi pihak 1MDB.

Loading...


"Adakah menteri-menteri Kabinet yang dahulu ini tahu tak? Ayer Hitam tahu tak? Rembau tahu tak? Ketua pembangkang tahu tak?"

"Bukankah ini satu penipuan kepada rakyat Malaysia?"

Menurut laporan Astro Awani, soalan panas itu bagaimanapun menyebabkan Ka Siong, yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, serta Khairy, bekas Menteri Belia dan Sukan, kembali duduk setelah berniat untuk mencelah penggulungan Guan Eng.

Sejurus selepas itu, Ka Siong bangkit semula dengan menyatakan beliau hanya akan menjawab desakkan Guan Eng berdasarkan fakta.

"YB (Guan Eng) tak adil, saya tahu apa yang benar sahaja, apa yang tak benar saya tak tahu," kata Ka Siong.



Guan Eng kemudian meminta Ka Siong duduk sambil memuji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila mendakwa bekas timbalan perdana menteri itu mengakui tahu kerajaan terdahulu membayar RM7 bilion kepada 1MDB.

"Kalau tak boleh jawab sila duduk, jadilah 'gentleman' macam Bagan Datuk, beliau tahu," katanya.

Guan Eng membangkitkan perkara itu ketika memberi penjelasan di Dewan Rakyat susulan hutang negara  melambung tinggi hingga mencecah RM1 trilion.

No comments


Loading...