Header Ads

Hujan lebat landa Arafah

Hujan lebat disertai ribut petir melanda Arafah, petang semalam. - Foto: @ELBINAWI/ Twitter

MAKKAH - ARAB SAUDI . Hujan lebat dan angin kencang melanda Arafah, petang semalam.

Cuaca buruk turut disertai ribut petir itu berlaku menjelang hari Wukuf hari ini.

Loading...

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Abdulfattah Mashat memaklumkan ribut tersebut telah reda dan situasi kembali normal.

"Ia tidak memberi impak yang besar dan mereka akan segera membaiki kerosakan. Syukurlah keadaan baik di Arafah. Tiada kerosakan serius dan tiada kecederaan dilaporkan," jelasnya.

Beliau turut mengesahkan cuaca buruk itu tidak akan memberi kesan kepada jemaah.

Perjalanan jemaah juga lancar untuk menjalani wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji.


"Pasukan Pertahanan Awam sentiasa bersedia di Arafah dan Mina," ujarnya lagi.

Terdahulu, Gabenor Makkah, Putera Khaled al-Faisal mengawasi operasi membawa dan menempatkan jemaah dalam khemah di Mina. - Arab News

No comments

Loading...