Header Ads

Hishammuddin harap Najib dilayan dengan adil

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein - Foto: Malay Mail

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap Datuk Seri Najib Tun Razak diberi layanan undang-undang yang adil.

Beliau menganggap proses undang-undang yang dilalui Najib itu berlandaskan rule of law dan berharap ia dikendalikan dengan etika undang-undang yang sebenar.

Loading...

"Bagi saya (dakwaan) ke atas Najib itu berdasarkan peraturan undang-undang.

"Saya harap proses undang-undang dan perbicaraan ke atas Najib diberikan keadilan yang sewajarnya," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menganggap tuduhan kali kedua terhadap Najib hari ini berkaitan penggubahan wang haram sebagai penganiayaan politik.

"Tidak, bukan saya orang yang layak untuk bercakap tentang penganiayaan politik.

"Tetapi kita kena teliti dan lihat bagaimana prosiding dan proses mahkamah berjalan adakah ia bersandarkan rule of law,” katanya.


Hari ini, bekas Perdana Menteri ke-6 itu berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti penggubahan wang haram membabitkan RM42 juta, empat tahun lalu.

Bagaimana pun, tiada pengakuan Najib direkodkan.

No comments

Loading...