Header Ads

Henti langgan Utusan: Boleh baca online - Menteri


Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan arahan kementeriannya agar sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasanya untuk berhenti melanggan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Maszlee berkata beliau perlu memeriksa berkaitan memo yang dikeluarkan oleh penasihat khasnya, Wan Saiful Wan Jan berhubung perkara itu, lapor Kinitv.

Loading...


"Saya kena tanya Wan Saiful Wan Jan dulu sebab sekarang kita dalam langkah berjimat-cermat. Surat khabar pun boleh baca online," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Maszlee turut mengelak untuk menjawab apabila ditanya mengenai sama ada akhbar lain turut mengalami nasib yang sama.

Maszlee berkata demikian ketika ditanya berkaitan memo yang dikeluarkan Wan Saiful berhubung pemberhentian langganan Utusan kepada sekolah universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kementerian pendidikan.


No comments