Harta RM2 bilion: Ibu Jamaluddin Jarjis tuntut pusaka
Ibu kepada bekas menteri, allahyarham Datuk Seri Jamaluddin
Jarjis menuntut mendapatkan bahagian yang sah atau faraid daripada peninggalan
harta pusaka anak lelakinya yang dikatakan bernilai RM2.1 bilion.
Bagi permohonan berkenaan, Aminah Abdullah, 83 tahun yang
kini menetap di Setiawangsa mahu Mahkamah Syariah mengeluarkan sijil faraid
terhadap bahagiannya, lapor Malaysiakini.
Loading...
Atas sebab ini juga, Aminah telah mengemukakan satu senarai
hartanah termasuk rumah di Kuala Lumpur, di Arab Saudi dan di Amerika Syarikat
serta senarai aset, termasuk saham yang dimiliki oleh menteri itu dan yang
dikatakan telah diwariskan kepada cucu-cucunya sebagai pusaka.
Di bawah undang-undang Islam, ibu yang masih hidup berhak
mendapat satu perenam peninggalan harta pusaka, sementara balu yang masih hidup
mendapat satu perlapan daripada bahagian itu dan anak-anak menerima jumlah baki
harta pusaka berkenaan.
Hal ini rekodkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi
Syariah di Kuala Lumpur di mana Aminah diwakili peguam kanan, Kamar Ainiah
Kamaruzzaman.
Aminah berkahwin dengan ayah Jamaluddin yang pernah menjadi
ketua polis Pahang, sebelum bercerai pada tahun 1954.
Post a Comment