Header Ads

Hari pertama tayangan Hantu Kak Limah raih RM1.8 juta


Filem Hantu Kak Limah berjaya mencatat kejayaan dengan meraih kutipan sebanyak RM1.8 juta pada hari pertama sejak ditayangkan pada 9 Ogos lalu.

Menerusi satu kenyataan media, filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold itu turut melakar sejarah apabila memperoleh kutipan RM650 ribu pada hari pembukaan (8 Ogos), lapor Kosmo Online.

Loading...


Dibintangi oleh Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, dan Jue Aziz, filem Hantu Kak Limah boleh ditonton di 133 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Selain itu, penampilan istimewa primadona filem Melayu, Erra Fazira dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida.

Filem tersebut turut ditayangkan di Singapura bermula 16 Ogos depan.

No comments

Loading...