Header Ads

Hapus Tol: Najib sindir PH, biarlah DAP buat, kosnya lebih murah


Datuk Seri Najib Razak menyindir kerajaan supaya menugaskan Tony Pua menghapuskan tol berdasarkan pengiraannya sebelum ini.

Bekas perdana menteri berkata wakil rakyat DAP itu “hanya memerlukan kos RM25 bilion” untuk menghapuskan tol di seluruh negara berbanding RM400 bilion yang diumum Kementerian Kerja Raya kelmarin, lapor Projek MM.

Mengingatkan kerajaan pimpinannya dahulu menjangka RM231 bilion diperlukan, beliau berkata kos yang diumum kerajaan Pakatan Harapan “jauh lebih tinggi”.

Loading...


“Oleh itu, saya mencadang kerajaan Pakatan seharusnya menugaskan Tony Pua dalam usaha menghapuskan semua tol jalan raya bagi menepati antara janji utama manifesto PRU14 mereka,” katanya di Facebook malam tadi.

Pua, ahli parlimen Damansara, seorang pegawai khas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang juga setiausaha agung DAP.

Memulang paku buah keras, Najib berkata pengiraan Pua “jauh lebih murah dan tepat” dan bukan untuk “menipu” rakyat serta “tidak mungkin DAP selalu salah titik perpuluhan”.

Najib berkata kerajaannya tidak pernah menaikkan kadar tol yang dimiliki kerajaan, malah berusaha menghapuskan tol tetapi sukar melakukannya kerana terikat dengan perjanjian konsesi.

Beliau berkata kerajaannya tidak dapat menghalang kenaikan kadar tol pihak swasta berikutan perjanjian yang dimeterai ketika Tun Dr Mahathir Mohamad perdana menteri keempat.

“Gembira” jika tol dihapus, ahli parlimen Pekan juga berkata syarikat konsesi tol bukan kroni atau rakan-rakannya tetapi mereka dari era perdana menteri sebelum dirinya.

No comments

Loading...