Header Ads

Golongan transgender boleh guna tandas OKU


KUALA LUMPUR  - Golongan transgender disaran menggunakan tandas orang kelainan upaya (OKU) bagi mengelak kebimbangan dan perasaan tidak selamat dalam kalangan orang awam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Beliau berkata, saranan itu suatu langkah difikirkan sesuai ketika ini, kerana kerajaan turut mengambil kira keresahan dan pendapat diutarakan ramai pihak yang gusar berhubung isu tersebut.


Loading...

"Apabila golongan ini (transgender) ke tandas wanita, orang perempuan pula berasa tidak selesa, tidak selamat. Sebab itu situasi ini menjadi satu dilema yang perlu difahami," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Dilaporkan isu golongan transgender berkongsi tandas awam dengan wanita hangat dibincangkan pelbagai pihak susulan sidang akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa yang bertemu wakil komuniti transgender, Nisha Ayub.

"Kita perlu fahami mereka juga perlu gunakan kemudahan dan tempat awam. Kita tidak boleh menafikan hak mereka dan perlu berdepan situasi ini. Saya berharap satu hari nanti dengan usaha dilakukan, kita berjaya selamatkan mereka kerana sudah menjadi tanggungjawab kita," katanya. - Bernama

No comments

Loading...