Header Ads

Gara-gara makan susyi, lengan kiri lelaki terpaksa dipotong akibat mereput


SEORANG lelaki warga emas terpaksa menerima hakikat bahawa dia kini kudung tangan selepas tangannya terpaksa dipotong akibat mereput kerana makan susyi.

Lelaki berusia 71 tahun dari Korea Selatan itu dijangkiti bakteria yang berpotensi mematikan kulit sehingga menyebabkan lepuh dan kulit di tangannya bertukar kehitaman selepas 12 jam menikmati makanan mentah popular dari Jepun itu.


Loading...

Jangkitan bakteria itu amat teruk sehingga tangannya terpaksa dipotong 25 hari kemudian.

Pasukan perubatan mengeringkan lepuh pada tapak tangannya sebelum memutuskan tangannya tidak dapat diselamatkan kerana kulitnya sudah mula mereput.

Lelaki itu bertemu doktor di Jeonju, Korea Selatan selepas mengalami kesakitan melampau di pergelangan tangannya selama dua hari.


Doktor mengesahkan dia dijangkiti vibriosis yang berpunca daripada bakteria Vibrio vulnificus.

Malah lelaki tersebut turut menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

Ulser di tangannya menyebabkan nekrosis iaitu kematian tisu hidup yang boleh merebak dan menyebabkan kecederaan kekal.

Akhirnya doktor terpaksa memotong lengan kirinya untuk menghalang tisu yang mereput daripada merebak ke bahagian lain.

Pasukan perubatan berkata pesakit itu beransur pulih selepas pembedahan dan dibenarkan pulang ke rumahnya.

No comments

Loading...