Header Ads

Foto pameran dibuang, aktivis LGBT persoal kerajaan PH


Aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mendesak Pakatan Harapan (PH) menyatakan sikap terhadap mereka.

Nisha Ayub tertanya-tanya sikap kerajaan apabila potretnya dan Phang Khee Teik diturunkan daripada pameran mengenai patriotisme di sini, lapor Malay Mail.


Loading...

"Saya tidak marah atau bimbang apabila gambar saya diturunkan namun mesej yang disebarkan kepada masyarakat tersisih ini [akibat tindakan itu] yang menyedihkan saya," katanya dalam Facebook.

"Sebagai rakyat Malaysia saya mahu tahu pendirian Malaysia Baru terhadap golongan minoriti seperti kami."

Katanya, kerajaan PH bercakap tentang hak rakyat namun mereka menafikan golongan sepertinya "menyuarakan rasa kasih sayang" untuk negara.

Foto Nisha memegang bendera Malaysia, sementara Pang memegang bendera pelangi, lambang kempen LGBT, selain menyangkut di bahunya Jalur Gemilang.

Foto mereka, dan 26 lagi personaliti seperti Lim Kit Siang dan Siti Kasim, dipamer sempena Festival George Town antara 4 Ogos hingga 2 September.

Foto-foto karya juruforo Mooreyameen Mohamad itu dimasukkan dalam pameran “Stripes and Strokes.”

No comments

Loading...