Header Ads

Empat Geng Tebuk warga Vietnam mati ditembak


KULIM - Empat penjenayah warga Vietnam dipercayai ahli Geng Tebuk mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak polis di Kilometer 19.2, Lebuh Raya Butterworth – Kulim (BKE) berhampiran Plaza Tol Lunas dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.40 pagi itu, empat penjenayah itu yang berusia 20 hingga 30 tahun yang parah ditembak mati di tempat kejadian.

Loading...


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, kejadian itu berlaku ketika beberapa anggota polis sedang membuat rondaan di kawasan Batu 7 ½ di Padang Serai sebelum melihat sebuah kenderaan jenis Proton Saga dinaiki empat lelaki itu dalam keadaan mencurigakan.

“Pasukan kita mengekori kenderaan tersebut, namun mereka bertindak memecut laju dan setelah memperkenalkan diri sebagai polis.

"Mereka kemudian berhenti di lokasi kejadian sebelum seorang daripadanya melepaskan tembakan ke arah anggota polis,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, penjenayah terbabit turut memegang parang dan keadaan itu menyebabkan polis terpaksa menembak kesemua empat lelaki itu.

"Bagaimanapun, tiada anggota polis yang cedera dalam insiden itu," katanya lagi.

Beliau menambah, hasil pemeriksaan polis menemui sepucuk pistol dan dua bilah parang milik penjenayah terbabit.

No comments

Loading...