Header Ads

Dr Shaharuddin meninggal dunia


PETALING JAYA: Ahli Dewan Negeri (DUN) Seri Setia, Profesor Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia di Hospital Putrajaya, petang Khamis.

Loading...

Dr Shaharuddin yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan Dan Pembangunan Modal Insan menderita penyakit kanser kolon.

Allahyarham menghembus nafas terakhir pada pukul 6.28 petang ini.


Jenazah akan dibawa pulang ke rumah di Desa Pinggiran Putra dan urusan pengebumian akan dilakukan pada Jumaat.

No comments