Header Ads

Dr M mengaku gagal, mahu cuba kali kedua


Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tugasnya sebagai perdana menteri terdahulu tidak berjaya.

Memimpin Malaysia antara 1981 hingga 2003, perdana menteri berkata sebelum ini beliau gagal mengatasi masalah etnik dan jurang pendapatan dalam negara, lapor Malay Mail hari ini.


Loading...

“Tidak banyak yang dikesalkan tetapi saya merasakan negara ini terdiri daripada pelbagai kaum. Itu fakta.

“Saya cuba melakukannya kerana saya tidak suka jurang di antara kaya dan miskin, antara kaum, kerana itu akan buat negara tidak stabil.

“Saya capai sedikit kejayaan tetapi umumnya gagal. Saya harap dapat buat lebih tetapi kita tidak boleh mengubah cara hidup, budaya, pemikiran dan semuanya dalam satu malam.

“Saya akan cuba lagi,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama CNN.

Dr Mahathir turut menafikan beliau seorang diktator ketika 22 tahun menjadi perdana menteri sebaliknya memacu negara ke peringkat lebih tinggi.

“Saya bukan diktator. Saya dipilih lima kali oleh rakyat dan tiada diktator meletak jawatan. Saya letak jawatan,” katanya.

No comments