Header Ads

Dr M: BERSATU akan dilancar di Sarawak


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan dilancarkan di Sarawak susulan banyak permintaan yang diterima daripada rakyat negeri itu untuk menyertai parti berkenaan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Banyak pihak di Sarawak berminat nak sertai BERSATU dan sekarang sudah ada hampir 30,000 anggota dan kita akan ada usaha untuk lancar parti ini di Sarawak untuk menentukan pemimpin parti di Sarawak.


Loading...

"Kita terima semua permintaan untuk menjadi ahli parti BERSATU,” kata Dr Mahathir yang juga pengerusi BERSATU selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan tertinggi parti itu, malam tadi.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata mesyuarat kepimpinan tertinggi BERSATU telah menyusun tarikh untuk mengadakan mesyuarat cawangan dan bahagian serta perhimpunan agung.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikh-tarikh mesyuarat berkenaan.

- Bernama

No comments

Loading...